Friday, February 5, 2010

Penyusuan Susu Ibu

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan
Untuk bayi :
1. Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
2. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
3. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
4. Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
5. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
6. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi

Untuk ibu:
1. membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
2.membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
3.mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
4.menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

sumber dipetik dari http://www.myhealth.gov.my/