Friday, March 5, 2010

JAWATAN KOSONG

PENGASUH berpengalaman DIPERLUKAN !!! HUBUNGI PN JAMILAH 0174819636 perkhidmatan kami: asuhan bayi, kanak-kanak serta transit.

Wednesday, March 3, 2010

KISAH ANAK SERIGALA

Pada suatu pagi yang nyaman, seekor anak serigala bernama Jiji, berjalan-jalan di sebuah taman . Sambil menghirup udara pagi yang segar, Jiji mencari sesuatu untuk mengalas perutnya yang sudah berkeroncong .
Sedang dia berjalan-jalan, tiba-tiba dia teringat sesuatu.“Eh! Aku keluar tadi tanpa meminta izin dari ibuku . Mesti ibu risau dan sedang mencari aku ”. Jiji pun berlari pulang ke rumah .
Setelah mendapat keizinan dari ibunya , Jiji kembali ke taman tadi . Sedang dalam perjalanan menuju ke taman, dia ternampak sepohon pokok epal. Buahnya sudah masak ranum.
“Emm...baik aku ke situ, mana tau ada rezeki aku di bawah pokok epal itu.” Dia pun berlari menuju pokok epal tersebut. Sampai di bawah pokok epal, dia sungguh gembira kerana terdapat sebiji epal yang telah gugur dari pokoknya . Alhamdulillah... tak sia-sia aku ke sini,” fikir Jiji.
“Bismillahirrahmannirrahim....” Krup krap krup krap bunyi Jiji sedang menikmati buah epal tersebut. Setelah habis sebiji epal dimakannya, dia merasa masih lapar lagi. “Alangkah bagusnya kalau buah epal ini sangat besar seperti buah tembikai . Mungkin aku sudah kenyang walaupun aku makan sebiji sahaja,” fikir Jiji sendirian.
Dia berpusing-pusing mengelilingi pokok epal . “Mana tahu kalauaku kalau ada lagi yang gugur, bolehlah makan lagi.” Sedang dia mencari-cari tiba-tiba puk.... “Adoi!!!” Jiji menjerit kesakitan. Sebiji buah epal jatuh mengenai kepala Jiji. Dia memandang buah tersebut . Terlintas di fikirannya,
“Syukurlah Allah tidak menjadikan buah epal sangat besar seperti buah tembikai . Kalau tidak mesti kepala kecilnya sudah pecah tadi." Setelah menikmati buah epal tersebut dia pun pulang dengan hati yang senang . Dia turut membawa pulang sebiji buah epal untuk ibunya.

Rangsangan berkesan lahir anak pintar

Bagi melahirkan anak bijak, anda perlu memulakan langkah pertama sejak dari awal lagi. Di awal trimester kehamilan, otak bayi sudah mula berkembang dan kemudiannya berterusan sehinggalah dia berusia dua tahun. Dalam pada itu, terdapat pelbagai teknik yang boleh anda lakukan untuk merangsang bayi dalam kandungan. Antaranya ialah rangsangan bunyi (alunan muzik atau suara ibu), pergerakan, tekanan, getaran dan komunikasi antara ibu dan kandungan. Melalui teknik-teknik ini, bayi akan bertindak balas dengannya. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan penglihatannya agar anak menjadi seorang yang bijak.
Sentuhan
Biasanya ibu hamil akan berhubungan dengan bayinya melalui sentuhan dan komunikasi di antara kedua-duanya. Sewaktu anda menyentuh, membelai, mengusap bahagian perut, sejenis hormon akan dirembeskan. Hormon tersebut berperanan memberi kelegaan kepada rahim. Ini secara tidak langsung menimbulkan keselesaan dan ketenangan kepada bayi. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada untuk berkomunikasi dengannya.

Muzik
Anda boleh gunakan muzik untuk merangsang kepintaran bayi. Ini kerana dia memang gemar dengan alunan bunyi. Malah bunyi-bunyi seperti denyutan jantung dan pernafasan anda turut memberi ketenangan kepada dirinya. Sekiranya anda memainkan muzik klasik, bayi akan bertindak balas dengan melakukan tendangan ataupun membuat pergerakan. Sehubungan itu, sewaktu trimester ketiga, bayi sudah boleh memberi tindak balas sekiranya anda meletakkan alat rangsangan yang banyak terdapat di pasaran di perut sambil berbaring. Yang menariknya, bayi akan bertindak balas apabila mendengar anda menyanyi.
Kesimpulannya, apa jua jenis rangsangan yang digunakan, anda perlu mengetahui teknik rangsangan yang betul agar dapat menyediakan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan menyeronokkan. Ketiga-tiga aspek ini amat penting untuk menggalakkan bayi membesar dengan sihat dan dapat belajar banyak perkara sewaktu masih di dalam kandungan.

Tiga bulan pertama
Maklumat penting untuk anda! Sebaik-baiknya anda perlu memulakan rangsangan untuk mendapat anak yang bijak sewal kehamilan berusia tiga bulan lagi. Waktu ini dipercayai amat sesuai untuk bayi menerima rangsangan pertamanya.
Pada waktu ini, bayi seharusnya menerima orientasi ruang dan rangsangan sentuhan daripada anda. Dengan yang demikian, bayi dapat mengembangkan kemahiran penglihatan dan motornya pada tahap yang berbeza sepanjang tempoh kehamilan. Oleh kerana itulah, anda perlu merangsang bayi hanya setelah dia mengembangkan deria agar dapat bertindak balas sepenuhnya.

Muzik klasik
Setelah bayi berusia lima bulan, deria pendengarannya telah berkembang. Ketika ini, anda dapat menggunakan muzik untuk memberi rangsangan kepadanya. Dalam pada itu, muzik klasik terbukti sebagai rangsangan yang baik untuk mengembangkan kepintaran bayi.
Penyelidik di Barat menyatakan bahawa kebanyakan muzik klasik dihasilkan daripada nada-nada yang harmoni. Nada tersebut memberi rangsangan kepada bayi dalam bentuk gelombang alfa. Gelombang berkenaan akan menimbulkan mood tenang, relaks dan tenteram kepada bayi yang ternyata dapat membantu perkembangan dirinya. Selain daripada itu, muzik klasik turut terbukti berkesan untuk meningkatkan perkembangan otak, penglihatan, kemahiran bahasa dan motornya.
Oleh kerana itulah, anda dilarang sama sekali untuk merangsang bayi dengan menggunakan muzik-muzik yang “keras”. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan kebingungan dan akhirnya menjejaskan kepintarannya. Untuk itu, anda digalakkan untuk memperdengarkan bayi dengan muzik klasik pada waktu yang khusus. Ini dapat dilakukan terutamanya ketika anda sedang berehat. Alunan muzik klasik yang harmoni dan lembut tentu sahaja akan membuat bayi berasa tenang dan gembira. Seterusnya, impian anda untuk memiliki anak pintar akan tercapai sekiranya teknik rangsangan yang betul dipraktikkan.

Pendekatan psikologi dalam mendidik anak

Dalam menjayakan usaha mendidik anak menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, anda perlukan pendekatan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada diri anda sendiri. Gunakan ayat-ayat tertera setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala anda berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh si manja.
1. “Buatlah pilihan sekarang.”Frasa ini boleh digunakan ketika menyuruh anak melakukan sesuatu. Ataupunketika mahu menghentikan apa yang dilakukannya pada itu. Cara ini dapat mengajarnya supaya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Misalnya, dia dan rakannya begitu bising bermain di dalam rumah. Jadi, anda mahu mereka bermain di luar agar anda boleh menyiapkan kerja-kerja rumah dengan tenang. Namun, anak anda masih berdegil.
“Kakak, kalau tak boleh main diam-diam, pergi main di luar.” Jika dia masih berdegil, anda boleh membuat tindakan susulan dengan berkata, “Mama rasa, kakak memang nak main di luar.” Cara ini bukan sahaja mengajarnya tentang kesan dan akibat tetapi melatihdia agar bijak memilih dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.
2. “Mama sayang kakak, tapi cara kakak tu tak betul.”Ayat ini dimulakan dengan pujian dan diakhiri dengan nasihat. Inilah cara terbaik untuk memujuk anak yang ada kalanya menunjuk perangai. Dalam keadaan tertentu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selain itu, kata-kata ini juga dapat menyedarkan anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik berulang kali. Dia akan faham, jika dia melakukan perkara yang dilarang, bermakna dia akan menjadi orang yang tidak disenangi. Inilah cara terbaik bagaimana anda mendisiplinkan anak dengan cara halus dan lembut.
3. “Boleh kakak tolong mama?”Jika anak mengganggu ketika anda memasak di dapur, apa kata ucapkan ayat di atas.Ajak mereka membantu anda membuat kerja yang mudah dan ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai dan bersedia menerima sebarang tanggung jawab.
4. “Apa sebenarnya yang kakak nak cakap?”Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mama ni teruklah!” atau “ Kakak benci mama!”. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidakdapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya. Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila anda menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan kakak marah sangat pada mama? Sebab kakak tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa anda menyuruh dia tidur. “Mama bukan tak bagi kakak tengok TV. Hari dah lewat, esok kakak nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, kakak mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang anda sememangnya wajar demi kebaikannya.
5. “Kakak kena faham. Tidak semua orang sama.”Bila anak mula merajuk dan mengatakan anda tidak berlaku adil kepadanya, ayat ini sangat bagus untuk digunakan sebagai alasan. Anda perlu bantu anak supaya faham bahawa manusia ini dijadikan berbeza-beza. Maka, layanan pun berbeza mengikut keadaan dan tempat. Misalnya, anak anda bengang bila anda membelikan adiknya sepasang kasut bola. Sudah semestinya anak perempuan tidak memerlukan kasut bola kerana dia tidak bermain bola sepak seperti kanak-kanak lelaki. Meskipun begitu, anda perlu berwaspada dalam soal melayan anak-anak. Jangan sampai timbul sebarang perbezaan yang menjurus kepada melukakan perasaan.

Dipetik dari www.majalahpama.com.my

Nama-Nama Pilihan

Lelaki

Mayesa
Penampilannya membanggakan
Mawiyah

Intipati kehidupan
Mujahid

Pejuang ke jalan Allah

Perempuan

Maysun
Berwajah dan bertubuh cantik
Kaisara
Permaisuri
Kausar
Sebuah kolam di syurga