Wednesday, March 3, 2010

KISAH ANAK SERIGALA

Pada suatu pagi yang nyaman, seekor anak serigala bernama Jiji, berjalan-jalan di sebuah taman . Sambil menghirup udara pagi yang segar, Jiji mencari sesuatu untuk mengalas perutnya yang sudah berkeroncong .
Sedang dia berjalan-jalan, tiba-tiba dia teringat sesuatu.“Eh! Aku keluar tadi tanpa meminta izin dari ibuku . Mesti ibu risau dan sedang mencari aku ”. Jiji pun berlari pulang ke rumah .
Setelah mendapat keizinan dari ibunya , Jiji kembali ke taman tadi . Sedang dalam perjalanan menuju ke taman, dia ternampak sepohon pokok epal. Buahnya sudah masak ranum.
“Emm...baik aku ke situ, mana tau ada rezeki aku di bawah pokok epal itu.” Dia pun berlari menuju pokok epal tersebut. Sampai di bawah pokok epal, dia sungguh gembira kerana terdapat sebiji epal yang telah gugur dari pokoknya . Alhamdulillah... tak sia-sia aku ke sini,” fikir Jiji.
“Bismillahirrahmannirrahim....” Krup krap krup krap bunyi Jiji sedang menikmati buah epal tersebut. Setelah habis sebiji epal dimakannya, dia merasa masih lapar lagi. “Alangkah bagusnya kalau buah epal ini sangat besar seperti buah tembikai . Mungkin aku sudah kenyang walaupun aku makan sebiji sahaja,” fikir Jiji sendirian.
Dia berpusing-pusing mengelilingi pokok epal . “Mana tahu kalauaku kalau ada lagi yang gugur, bolehlah makan lagi.” Sedang dia mencari-cari tiba-tiba puk.... “Adoi!!!” Jiji menjerit kesakitan. Sebiji buah epal jatuh mengenai kepala Jiji. Dia memandang buah tersebut . Terlintas di fikirannya,
“Syukurlah Allah tidak menjadikan buah epal sangat besar seperti buah tembikai . Kalau tidak mesti kepala kecilnya sudah pecah tadi." Setelah menikmati buah epal tersebut dia pun pulang dengan hati yang senang . Dia turut membawa pulang sebiji buah epal untuk ibunya.

No comments:

Post a Comment