Friday, March 5, 2010

JAWATAN KOSONG

PENGASUH berpengalaman DIPERLUKAN !!! HUBUNGI PN JAMILAH 0174819636 perkhidmatan kami: asuhan bayi, kanak-kanak serta transit.

Wednesday, March 3, 2010

KISAH ANAK SERIGALA

Pada suatu pagi yang nyaman, seekor anak serigala bernama Jiji, berjalan-jalan di sebuah taman . Sambil menghirup udara pagi yang segar, Jiji mencari sesuatu untuk mengalas perutnya yang sudah berkeroncong .
Sedang dia berjalan-jalan, tiba-tiba dia teringat sesuatu.“Eh! Aku keluar tadi tanpa meminta izin dari ibuku . Mesti ibu risau dan sedang mencari aku ”. Jiji pun berlari pulang ke rumah .
Setelah mendapat keizinan dari ibunya , Jiji kembali ke taman tadi . Sedang dalam perjalanan menuju ke taman, dia ternampak sepohon pokok epal. Buahnya sudah masak ranum.
“Emm...baik aku ke situ, mana tau ada rezeki aku di bawah pokok epal itu.” Dia pun berlari menuju pokok epal tersebut. Sampai di bawah pokok epal, dia sungguh gembira kerana terdapat sebiji epal yang telah gugur dari pokoknya . Alhamdulillah... tak sia-sia aku ke sini,” fikir Jiji.
“Bismillahirrahmannirrahim....” Krup krap krup krap bunyi Jiji sedang menikmati buah epal tersebut. Setelah habis sebiji epal dimakannya, dia merasa masih lapar lagi. “Alangkah bagusnya kalau buah epal ini sangat besar seperti buah tembikai . Mungkin aku sudah kenyang walaupun aku makan sebiji sahaja,” fikir Jiji sendirian.
Dia berpusing-pusing mengelilingi pokok epal . “Mana tahu kalauaku kalau ada lagi yang gugur, bolehlah makan lagi.” Sedang dia mencari-cari tiba-tiba puk.... “Adoi!!!” Jiji menjerit kesakitan. Sebiji buah epal jatuh mengenai kepala Jiji. Dia memandang buah tersebut . Terlintas di fikirannya,
“Syukurlah Allah tidak menjadikan buah epal sangat besar seperti buah tembikai . Kalau tidak mesti kepala kecilnya sudah pecah tadi." Setelah menikmati buah epal tersebut dia pun pulang dengan hati yang senang . Dia turut membawa pulang sebiji buah epal untuk ibunya.

Rangsangan berkesan lahir anak pintar

Bagi melahirkan anak bijak, anda perlu memulakan langkah pertama sejak dari awal lagi. Di awal trimester kehamilan, otak bayi sudah mula berkembang dan kemudiannya berterusan sehinggalah dia berusia dua tahun. Dalam pada itu, terdapat pelbagai teknik yang boleh anda lakukan untuk merangsang bayi dalam kandungan. Antaranya ialah rangsangan bunyi (alunan muzik atau suara ibu), pergerakan, tekanan, getaran dan komunikasi antara ibu dan kandungan. Melalui teknik-teknik ini, bayi akan bertindak balas dengannya. Ini secara tidak langsung dapat menggalakkan perkembangan fizikal, mental dan penglihatannya agar anak menjadi seorang yang bijak.
Sentuhan
Biasanya ibu hamil akan berhubungan dengan bayinya melalui sentuhan dan komunikasi di antara kedua-duanya. Sewaktu anda menyentuh, membelai, mengusap bahagian perut, sejenis hormon akan dirembeskan. Hormon tersebut berperanan memberi kelegaan kepada rahim. Ini secara tidak langsung menimbulkan keselesaan dan ketenangan kepada bayi. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada untuk berkomunikasi dengannya.

Muzik
Anda boleh gunakan muzik untuk merangsang kepintaran bayi. Ini kerana dia memang gemar dengan alunan bunyi. Malah bunyi-bunyi seperti denyutan jantung dan pernafasan anda turut memberi ketenangan kepada dirinya. Sekiranya anda memainkan muzik klasik, bayi akan bertindak balas dengan melakukan tendangan ataupun membuat pergerakan. Sehubungan itu, sewaktu trimester ketiga, bayi sudah boleh memberi tindak balas sekiranya anda meletakkan alat rangsangan yang banyak terdapat di pasaran di perut sambil berbaring. Yang menariknya, bayi akan bertindak balas apabila mendengar anda menyanyi.
Kesimpulannya, apa jua jenis rangsangan yang digunakan, anda perlu mengetahui teknik rangsangan yang betul agar dapat menyediakan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan menyeronokkan. Ketiga-tiga aspek ini amat penting untuk menggalakkan bayi membesar dengan sihat dan dapat belajar banyak perkara sewaktu masih di dalam kandungan.

Tiga bulan pertama
Maklumat penting untuk anda! Sebaik-baiknya anda perlu memulakan rangsangan untuk mendapat anak yang bijak sewal kehamilan berusia tiga bulan lagi. Waktu ini dipercayai amat sesuai untuk bayi menerima rangsangan pertamanya.
Pada waktu ini, bayi seharusnya menerima orientasi ruang dan rangsangan sentuhan daripada anda. Dengan yang demikian, bayi dapat mengembangkan kemahiran penglihatan dan motornya pada tahap yang berbeza sepanjang tempoh kehamilan. Oleh kerana itulah, anda perlu merangsang bayi hanya setelah dia mengembangkan deria agar dapat bertindak balas sepenuhnya.

Muzik klasik
Setelah bayi berusia lima bulan, deria pendengarannya telah berkembang. Ketika ini, anda dapat menggunakan muzik untuk memberi rangsangan kepadanya. Dalam pada itu, muzik klasik terbukti sebagai rangsangan yang baik untuk mengembangkan kepintaran bayi.
Penyelidik di Barat menyatakan bahawa kebanyakan muzik klasik dihasilkan daripada nada-nada yang harmoni. Nada tersebut memberi rangsangan kepada bayi dalam bentuk gelombang alfa. Gelombang berkenaan akan menimbulkan mood tenang, relaks dan tenteram kepada bayi yang ternyata dapat membantu perkembangan dirinya. Selain daripada itu, muzik klasik turut terbukti berkesan untuk meningkatkan perkembangan otak, penglihatan, kemahiran bahasa dan motornya.
Oleh kerana itulah, anda dilarang sama sekali untuk merangsang bayi dengan menggunakan muzik-muzik yang “keras”. Hal ini dikhuatiri akan menimbulkan kebingungan dan akhirnya menjejaskan kepintarannya. Untuk itu, anda digalakkan untuk memperdengarkan bayi dengan muzik klasik pada waktu yang khusus. Ini dapat dilakukan terutamanya ketika anda sedang berehat. Alunan muzik klasik yang harmoni dan lembut tentu sahaja akan membuat bayi berasa tenang dan gembira. Seterusnya, impian anda untuk memiliki anak pintar akan tercapai sekiranya teknik rangsangan yang betul dipraktikkan.

Pendekatan psikologi dalam mendidik anak

Dalam menjayakan usaha mendidik anak menjadi seorang insan yang berakhlak mulia, anda perlukan pendekatan psikologi. Caranya sungguh mudah tetapi menuntut komitmen tidak berbelah bahagi daripada diri anda sendiri. Gunakan ayat-ayat tertera setiap kali berkomunikasi dengan anak di kala anda berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh si manja.
1. “Buatlah pilihan sekarang.”Frasa ini boleh digunakan ketika menyuruh anak melakukan sesuatu. Ataupunketika mahu menghentikan apa yang dilakukannya pada itu. Cara ini dapat mengajarnya supaya bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Misalnya, dia dan rakannya begitu bising bermain di dalam rumah. Jadi, anda mahu mereka bermain di luar agar anda boleh menyiapkan kerja-kerja rumah dengan tenang. Namun, anak anda masih berdegil.
“Kakak, kalau tak boleh main diam-diam, pergi main di luar.” Jika dia masih berdegil, anda boleh membuat tindakan susulan dengan berkata, “Mama rasa, kakak memang nak main di luar.” Cara ini bukan sahaja mengajarnya tentang kesan dan akibat tetapi melatihdia agar bijak memilih dan bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan.
2. “Mama sayang kakak, tapi cara kakak tu tak betul.”Ayat ini dimulakan dengan pujian dan diakhiri dengan nasihat. Inilah cara terbaik untuk memujuk anak yang ada kalanya menunjuk perangai. Dalam keadaan tertentu, dia tidak dapat berfikir dengan baik. Selain itu, kata-kata ini juga dapat menyedarkan anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik berulang kali. Dia akan faham, jika dia melakukan perkara yang dilarang, bermakna dia akan menjadi orang yang tidak disenangi. Inilah cara terbaik bagaimana anda mendisiplinkan anak dengan cara halus dan lembut.
3. “Boleh kakak tolong mama?”Jika anak mengganggu ketika anda memasak di dapur, apa kata ucapkan ayat di atas.Ajak mereka membantu anda membuat kerja yang mudah dan ringkas. Biar dia membantu mengemas meja makan dan menyediakan pinggan, mangkuk, sudu dan sebagainya. Ini akan membuatkan dia rasa dipercayai dan bersedia menerima sebarang tanggung jawab.
4. “Apa sebenarnya yang kakak nak cakap?”Bila anak marah, macam-macam perkataan yang terhambur dari mulutnya. “Mama ni teruklah!” atau “ Kakak benci mama!”. Kata-kata ini terkeluar kerana ketika itu dia tidakdapat berfikir dengan baik. Jadi, jangan anggap anak maksudkan apa yang dikatanya. Cari punca mengapa dia berkata sedemikian. Caranya mudah saja. Misalnya, anak marah bila anda menyuruhnya tidur. Tanya dengan lembut. “Apa yang membuatkan kakak marah sangat pada mama? Sebab kakak tak boleh tengok TV?” Kemudian, jelaskan mengapa anda menyuruh dia tidur. “Mama bukan tak bagi kakak tengok TV. Hari dah lewat, esok kakak nak pergi sekolah. Kalau tidur lewat nanti di sekolah, kakak mengantuk pula.” Penjelasan perlu diberikan agar dia tahu bahawa tindakan yang anda sememangnya wajar demi kebaikannya.
5. “Kakak kena faham. Tidak semua orang sama.”Bila anak mula merajuk dan mengatakan anda tidak berlaku adil kepadanya, ayat ini sangat bagus untuk digunakan sebagai alasan. Anda perlu bantu anak supaya faham bahawa manusia ini dijadikan berbeza-beza. Maka, layanan pun berbeza mengikut keadaan dan tempat. Misalnya, anak anda bengang bila anda membelikan adiknya sepasang kasut bola. Sudah semestinya anak perempuan tidak memerlukan kasut bola kerana dia tidak bermain bola sepak seperti kanak-kanak lelaki. Meskipun begitu, anda perlu berwaspada dalam soal melayan anak-anak. Jangan sampai timbul sebarang perbezaan yang menjurus kepada melukakan perasaan.

Dipetik dari www.majalahpama.com.my

Nama-Nama Pilihan

Lelaki

Mayesa
Penampilannya membanggakan
Mawiyah

Intipati kehidupan
Mujahid

Pejuang ke jalan Allah

Perempuan

Maysun
Berwajah dan bertubuh cantik
Kaisara
Permaisuri
Kausar
Sebuah kolam di syurga

Friday, February 5, 2010

Penyusuan Susu Ibu

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang mengembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan
Untuk bayi :
1. Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
2. Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
3. Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
4. Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
5. Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
6. Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi

Untuk ibu:
1. membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
2.membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
3.mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
4.menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

sumber dipetik dari http://www.myhealth.gov.my/

Sunday, January 24, 2010

Senarai Mendaftar

1-MOHAMMAD AFIQ LUQMAN BIN MOHD ARIFFIN
2-MUHAMMAD NUR AMEEN AKHTAR
3-NUR DANISHA HAIFAZAHRAA BT MULZALMI HARDY
4-MUHAMMAD FUDAIL
5-MUHAMMAD AQIL RIZQ
6-MOHAMAD ADAM SAFUAN BIN MOHD RADHI
7-MOHAMMAD DANI DARWISY BIN MOHD AZRI

8-MOHD HAIKAL ISKANDAR BIN ABDUL AZIZ
9- PUTRI ADRIANA BATRISYA BINTI ABDUL AZIZ
10. IMRAN IHTISYAM BIN MOHAMAD AZUAN
11. AIDA AZZAHRA
12. MOHAMMAD AKID AMRY
13. MOHAMMAD ADIF AZRY

Friday, January 22, 2010

TAWARAN MASIH DIBUKA!!




TAWARAN TERKINI!
IBU DAN BAPA YANG MENGHANTAR ANAK KE TASKA INI, AKAN DIBERI saguhati sekiranya membawa rakan mendaftar.

RM 50 (untuk pendaftaran Full day) & RM 25 (untuk pendaftaran 1/2 day)

Thursday, January 21, 2010

Polisi Keselamatan

Polisi ini berusaha untuk memberikan suasana yang selesa dan selamat bagi setiap kanak-kanak. Antara perkara yang boleh melibatkan kecederaan kepada kanak-kanak yang telah dikenalpasti berlaku di rumah atau pusat-pusat jagaan adalah seperti berikut :

Terjatuh
Terbakar atau melecuh
Keracunan
Tercekik
Gigitan

Berikut adalah panduan yang mesti diikuti oleh pengurus dan setiap staf untuk mengelakkan kecederaan di atas.
Terjatuh
Ø tidak meninggalkan kanak-kanak kecil sendiriran di bilik air dan mereka mesti dipimpin untuk keluar dan masuk ke bilik air untuk mengelakkan daripada tergelincir.
Ø Pastikan tandas dan bilik air sentiasa bersih dan tidak licin.
Ø Jangan sesekali meninggalkan bayi atau kanak-kanak kecil di atas meja dan sebagainya ketika menukar lampin kerana bayi atau kanak-kanak kecil boleh bergolek dan terjatuh.
Ø Beritahu kanak-kanak untuk tidak memanjat almari, kabinet di dapur, meja, rak-rak buku dan sebagainya.

Terbakar atau melecuh
Ø Elakkan datripada kanak-kanak berada di bahagian dapur semasa penyediaan makanan dan minuman terutamanya yang panas
Ø Pastikan pemegang ( handles ) kuali atau saucepan dipusing ke belakang daripada hadapan dapur ( stove front ).
Ø Jangan memegang atau minum minuman yang panas ketika mendukung kanak-kanak.
Ø Penghadang diletakkan di pintu masuk dapur untuk mengelakkan kanka-kanak memasuki dapur.

Keracunan
Ø Simpan segala ubatan jauh dari tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak dan di dalam bekas yang tidak boleh dibuka oleh kank-kanak. Jika staf mempunyai ubat tertentu dalam beg tangan pastikan beg tangan tersebut disimpan di tempat yang selamat dan berkunci.
Ø Pastikan peralatan mencuci, bahan kimia atau detergents disimpan di dalam almari yang berkunci.

YURAN PENDAFTARAN

Hubungi kami untuk maklumat lanjut!!

Pelan ke Taska Permata Ibu,Taman Nilam,Kulim



1. Susur Keluar dari BKE ke Kulim dan terus melalui Kulim Square.
2. Melalui Traffic light Paya Besar, terus dan belok kiri.(ada traffic light sebelum belok)
3. Melalui kawasan kilang dan terus.
4. Sebelah kanan akan nampak pintu masuk Taman Nilam Baiduri.
5. Taska berada dalam Fasa 1 iaitu agak ke dalam sikit.

NAME CARD


My Name Card

Pendaftaran Dibuka Sekarang!!




MENGAPA MEMILIH KAMI??




Bagaimanakah caranya?

Kes Penderaan Kanak-kanak

Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak/ kes pembuangan bayi?Kes penderaan/ kes pembuangan bayi boleh dilaporkan melalui salah satu cara berikut:

1) Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040;
2) Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal pelapor;
3) Melaporkan kepada mana-mana balai polis/ Pondok Polis yang berhampiran;
4) Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak/ Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan atau;
5) Merujuk terus ke hospital yang berhampiran.

TIPS PENJAGAAN BAYI



Diapers Dan Penjagaan Kebersihan

1. Untuk bayi berusia 6 bulan dan ke bawah : jangan biarkan bayi anda memakai diapers melebihi 6 jam tanpa ditukar. Bayi berusia 6 bulan ke bawah memerlukan penjagaan kebersihan 3 kali ganda berbanding bayi berusia 6 bulan ke atas.
2. Jangan lewat menukar diapers anak anda melebihi 15 minit selepas dia membuang air besar. Ia boleh menjadi punca alahan kulit. Ini kerana apabila najis bayi dibiarkan lama, ia akan bertindak balas dengan air kencing dan menyebabkan ruam pada kulit bayi terutama yang memakai diapers dari jenis plastik (bukan breathable).
3. Galakkan anak anda ke bilik air sebaik sahaja usianya mencecah 2 tahun. Pemakaian diapers tidak seharusnya berlanjutan. Anak anda perlu dilatih lebih awal untuk memudahkan aturan sistem pembuangan yang baik.
4. Diapers yang baik adalah diapers yang memiliki kadar resapan yang tinggi. Ini kerana setiap titis air kencing yang mengalir di kulit boleh mengundang risiko jangkitan kuman.
5. Jangan taburkan bedak pada alat sulit bayi, terutamanya bayi perempuan kerana ia boleh memudaratkan saluran pembuangan air kecil. Adalah lebih baik menggunakan krim kerana bedak juga boleh mengganggu kadar resapan cecair pada diapers.

Sumber dipetik dari : "Penggunaan Diapers Kanak-kanak" ; kertas kerja yang dibentangkan dalam SEMINAR PENJAGAAN KANAK-KANAK DAN BAYI, 2002.

Polisi Taska Permata Ibu

Polisi dan prosedur

1.Kami beroperasi dari hari isnin hingga Jumaat bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam. (sabtu minggu ke 2 dan ke 4 beroperasi selama setengah hari)

2.Taska Permata Ibu akan ditutup pada hari kelepasan am Malaysia.
3.Tuan puan digalakkan mengambil dan menghantar anak-anak pada masa yang ditetapkan. Kelewatan mengambil anak-anak lebih daripada 30 minit akan dikenakan bayaran iaitu RM 2.50 per jam. Kelewatan akan direkodkan dan akan dibilkan kepada tuan puan bersama-sama yuran bulanan.
4.Kanak-kanak adalah dilarang membawa barang-barang peribadi seperti barang permainan, barang keras dan berbahaya, barang kemas dan berharga.
5.Bayaran mesti dijelaskan dalam masa 7 hari pertama setiap bulan (in advance). Jika anda membayar melalui cek, sila bayar kepada Puan Jamilah binti Hashim.
6.Selepas dari minggu pertama anak anda berada di Taska Permata Ibu, kami menjangka mereka telah pun membiasakan diri dengan persekitarannya. Ibu bapa diharapkan memberi kerjasama dengan tidak menunggu mereka di Taska Permata Ibu sepanjang sesi aktiviti berlangsung. Ini adalah bagi menggalakkan mereka menyertai kumpulan rakan sebaya untuk mengikuti aktiviti dan berdikari. Jika ada sebarang kemusykilan, sila membuat temu janji untuk berbincang dengan penyelia.
7.Ibu bapa atau penjaga perlu mengisi borang kemasukan yang disediakan dan sebarang pertukaran alamat, nombor telefon & sebagainya mesti dimaklumkan kepada pihak pengurusan.
8.Jika berlaku sebarang kemalangan yang serius, pihak pengurusan Taska Permata ibu akan membawa kanak-kanak terssebut untuk mendapatkan rawatan dari klinik berdekatan, iaitu KLINIK secepat mungkin. Ibu bapa akan dihubungi segera. Segala bil dan perbelanjaaan akan dikenakan bayaran kepada ibu bapa atau penjaga.
9.Ibu bapa atau penjaga adalah tidak dibenarkan menghantar kanak-kanak yang menghadapi penyakit yang berbahaya, berjangkit ( sakit mata, campak dan sebagainya ) atau demam panas yang serius.
10.Sarapan, makan tengah hari, minum petang akan disediakan bagi kanak-kanak bersesuaian dengan masa kanak-kanak berada di Taska Permata Ibu.
11.Ibu bapa atau penjaga perlu memaklumkan kepada pihak taska sebarang makanan atau sesuatu yang menyebabkan alergi kepada anak-anak mereka.
12.Sambutan hari jadi bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas akan diraikan bersama-sama dengan semua kanak-kanak di taska. Setiap kanak-kanak adalah berpeluang menyambut hari jadi mereka masing-masing. Setiap ibu bapa akan dikenakan bayaran RM…………. ( kos kek dan lain-lain yang berkenaan dengan sambutan ) bagi setiap anak mereka .
13.Ibu bapa atau penjaga perlu menyediakan perkara-perkara berikut :
· persalinan yang bersih. Stok selama 2 hari adalah digalakkan. Pakaian yang kotor akan diberikan kepada tuan puan setiap hari.
· Sehelai tuala bersih pada setiap hari isnin dan akan dipulangkan kepada ibu bapa pada hujung minggu.
· Mandian bayi dan syampu ( sabun ketul tidak dibenarkan )
· Berus gigi,.
· Susu bayi, milo atau lain-lain jika perlu.
· Makanan bayi, jika tuan puan mempunyai makanan tertentu
· Lampin pakai buang ( diapers )
· Bantal dan dua sarung bantal ( jika anak tuan puan menggunakan bantal ).
· Sila tulis nama di atas setiap peralatan, tin susu dan sebagainya bagi mengelakkan berlaku pertukaran barang-barang.
14.Jika ibu bapa atau penjaga yang telah diperkenalkan kepada Taska Permata Ibu tidak dapat mengambil anak tuan puan, sila bawa surat yang telah ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga membenarkan orang tersebut mengambil anak anda .
15.Merokok adalah tidak dibenarkan di dalam kawasan taska.
16.Bayaran pendaftaran bagi seorang kanak-kanak adalah RM30.00. manakala jika lebih daripada seorang kanak-kanak dari satu keluarga yang memasuki taska, bayaran pendaftaran adalah RM20.00 bagi setiap orang kanak-kanak. Yuran bulanan akan dipotong 5% jika lebih dari seorang kanak-kanak dari keluarga yang sama.
17.Jika kanak-kanak tidak dapat menghadiri taska, sila beritahu kepada penyelia samaada secara lisan, bertulis atau telefon.

(Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan, taska mungkin meminda perkara di atas tanpa notis jika perlu)

GALERI GAMBAR