Thursday, January 21, 2010

Polisi Taska Permata Ibu

Polisi dan prosedur

1.Kami beroperasi dari hari isnin hingga Jumaat bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam. (sabtu minggu ke 2 dan ke 4 beroperasi selama setengah hari)

2.Taska Permata Ibu akan ditutup pada hari kelepasan am Malaysia.
3.Tuan puan digalakkan mengambil dan menghantar anak-anak pada masa yang ditetapkan. Kelewatan mengambil anak-anak lebih daripada 30 minit akan dikenakan bayaran iaitu RM 2.50 per jam. Kelewatan akan direkodkan dan akan dibilkan kepada tuan puan bersama-sama yuran bulanan.
4.Kanak-kanak adalah dilarang membawa barang-barang peribadi seperti barang permainan, barang keras dan berbahaya, barang kemas dan berharga.
5.Bayaran mesti dijelaskan dalam masa 7 hari pertama setiap bulan (in advance). Jika anda membayar melalui cek, sila bayar kepada Puan Jamilah binti Hashim.
6.Selepas dari minggu pertama anak anda berada di Taska Permata Ibu, kami menjangka mereka telah pun membiasakan diri dengan persekitarannya. Ibu bapa diharapkan memberi kerjasama dengan tidak menunggu mereka di Taska Permata Ibu sepanjang sesi aktiviti berlangsung. Ini adalah bagi menggalakkan mereka menyertai kumpulan rakan sebaya untuk mengikuti aktiviti dan berdikari. Jika ada sebarang kemusykilan, sila membuat temu janji untuk berbincang dengan penyelia.
7.Ibu bapa atau penjaga perlu mengisi borang kemasukan yang disediakan dan sebarang pertukaran alamat, nombor telefon & sebagainya mesti dimaklumkan kepada pihak pengurusan.
8.Jika berlaku sebarang kemalangan yang serius, pihak pengurusan Taska Permata ibu akan membawa kanak-kanak terssebut untuk mendapatkan rawatan dari klinik berdekatan, iaitu KLINIK secepat mungkin. Ibu bapa akan dihubungi segera. Segala bil dan perbelanjaaan akan dikenakan bayaran kepada ibu bapa atau penjaga.
9.Ibu bapa atau penjaga adalah tidak dibenarkan menghantar kanak-kanak yang menghadapi penyakit yang berbahaya, berjangkit ( sakit mata, campak dan sebagainya ) atau demam panas yang serius.
10.Sarapan, makan tengah hari, minum petang akan disediakan bagi kanak-kanak bersesuaian dengan masa kanak-kanak berada di Taska Permata Ibu.
11.Ibu bapa atau penjaga perlu memaklumkan kepada pihak taska sebarang makanan atau sesuatu yang menyebabkan alergi kepada anak-anak mereka.
12.Sambutan hari jadi bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke atas akan diraikan bersama-sama dengan semua kanak-kanak di taska. Setiap kanak-kanak adalah berpeluang menyambut hari jadi mereka masing-masing. Setiap ibu bapa akan dikenakan bayaran RM…………. ( kos kek dan lain-lain yang berkenaan dengan sambutan ) bagi setiap anak mereka .
13.Ibu bapa atau penjaga perlu menyediakan perkara-perkara berikut :
· persalinan yang bersih. Stok selama 2 hari adalah digalakkan. Pakaian yang kotor akan diberikan kepada tuan puan setiap hari.
· Sehelai tuala bersih pada setiap hari isnin dan akan dipulangkan kepada ibu bapa pada hujung minggu.
· Mandian bayi dan syampu ( sabun ketul tidak dibenarkan )
· Berus gigi,.
· Susu bayi, milo atau lain-lain jika perlu.
· Makanan bayi, jika tuan puan mempunyai makanan tertentu
· Lampin pakai buang ( diapers )
· Bantal dan dua sarung bantal ( jika anak tuan puan menggunakan bantal ).
· Sila tulis nama di atas setiap peralatan, tin susu dan sebagainya bagi mengelakkan berlaku pertukaran barang-barang.
14.Jika ibu bapa atau penjaga yang telah diperkenalkan kepada Taska Permata Ibu tidak dapat mengambil anak tuan puan, sila bawa surat yang telah ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga membenarkan orang tersebut mengambil anak anda .
15.Merokok adalah tidak dibenarkan di dalam kawasan taska.
16.Bayaran pendaftaran bagi seorang kanak-kanak adalah RM30.00. manakala jika lebih daripada seorang kanak-kanak dari satu keluarga yang memasuki taska, bayaran pendaftaran adalah RM20.00 bagi setiap orang kanak-kanak. Yuran bulanan akan dipotong 5% jika lebih dari seorang kanak-kanak dari keluarga yang sama.
17.Jika kanak-kanak tidak dapat menghadiri taska, sila beritahu kepada penyelia samaada secara lisan, bertulis atau telefon.

(Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada perubahan, taska mungkin meminda perkara di atas tanpa notis jika perlu)

No comments:

Post a Comment